Sejarah Oghuz Turk

Persekutuan Oghuz bergerak ke arah barat dari kawasan Jeti-su selepas satu konflik dengan Karluk yang bersekutu dengan Uyghur. Pada hari ini, kebanyakan penduduk di Turki, Azerbaijan dan Turkmenistan merupakan keturunan dari Oghuz Turk dan bahasa mereka tergolong dalam kumpulan Oghuz dari keluarga bahasa Turkik. Sarjanawan Kara-Khanid, Mahmud al-Kashgari telah menulis bahawa dalam semua bahasa Turkik, Oghuz merupakan yang paling mudah. Beliau juga memerhati bahawa Oghuz telah dipisahkan dalam satu jangka masa yang lama daripada Turk timur, di mana bahasa-bahasa Turk di timur dengan jelas berbeza dengan bahasa-bahasa Oghuz dan Kipchak jauh di sebelah barat.[6]

Pada kurun ke-9, Oghuz dari padang rumput Aral mengusir Bechen daripada kawasan Sungai Emba dan Ural ke arah barat. Pada kurun ke-10, mereka mendiami padang rumput di sungai Sari-su, Turgai dan Emba ke arah utara Tasik Balkhash (kini terletak di Kazakhstan).[7] Satu puak dalam negara ini, Seljuk telah memeluk Islam dan pada kurun ke-11 memasuki Parsi, di mana mereka mengasaskan Empayar Seljuk Besar.Serupa pada kurun ke-11, satu puak Oghuz yang beragama Tengrisme, merujuk diri mereka sebagai Uze atau Tork dalam cerita dalam Rurikid Rus' Kiev, telah menjatuhkan kekuasan Pecheneg di padang rumput di Kekhaganan Rus'. Serangan bertali arus satu puak Turkik lain, Kipchak, puak Oghuz ini berjaya menyelusup masuk sejauh hilir Danube, menyeberangi dan menyerang Balkan, di mana mereka[8] telah diserang oleh satu wabak, mengakibatkan mereka yang terselamat sama ada melarikan diri atau menyertai pasukan tentera Byzantium sebagai askar upahan (1065).[9]

Negeri Yabgu Oghuz di Turkestan, 750–1055

Oghuz seolah-olah berkait dengan Pecheneg, di mana penampilan mereka dengan muka yang licin manakala sebilangan kecil mempunyai jambang 'goatee' kecil. Berdasarkan kepada buku Attila and the Nomad Hordes, "Like the Kimaks they set up many carved wooden funerary statues surrounded by simple stone balbal monoliths."[10] Para penulis buku ini juga menyatakan bahawa "Puak-puak Uze atau Tork yang tinggal di perbatasan Rusia secara beransur-ansur dijadikan orang Slav, di mana mereka memainkan peranan peranan utama sebagai kavalri dalam tentera Rusia pada tahun 1100an dan awal 1200, di mana mereka dikenali sebagai Topi Hitam... Para pahlawan Oghuz berkhidmat dalam hampir semua pasukan tentera Islam di Timur Tengah bermula pada tahun 1000an dan selepasnya, di Byzantium bermula pada tahun 800an, dan malah di Sepanyol dan Maghribi."[10] Pada kurun-kurun terkemudian, mereka menerima dan menggunakan tradisi dan tradisi mereka sendiri sehingga keruntuhan dunia Islam dan muncul sebagai pembina empayar dengan deria kenegaraan yang konstruktif.

Dari segi bahasa, Oghuz tergolong dalam kumpulan yang bertutur Turkik Biasa, dengan ciri-ciri bunyi menyerupai Turkik Biasa seperti /-š/ berlawanan Oghuric /-l/ dan Turkik Biasa /-z/ berlawanan Oghuric /-r/. Dalam kumpulan Turkik Biasa, bahasa-bahasa Oghuz berkongsi inovasi-inovasi ini: kehilangan guttural dalam Proto-Turkik bagi awalan anlaut, kehilangan /ɣ/ kecuali selepas /a/, /g/ menjadi sama ada /j/ atau dihilangkan, menyuarakan bunyi /t/ kepada /d/ dan /k/ ke /g/, dan */ð/ menjadi /j/.[11]

Selain dari Seljuk, dinasti-dinasti dari Khwarazmia, Qara Qoyunlu, Aq Qoyunlu, Uthmaniyyah dan Afsharid juga dipercayai adalah keturunan daripada puak-puak Oghuz-Turkmen dari Begdili, Yiva, Bayandur, Kayi dan Afshar.[12]

Dinasti Uthmaniyyah, yang mana secara beransur-ansur menguasai Anatolia selepas kejatuhan Seljuk, menjelang penghujung kurun ke-13, telah mengetuai satu pasukan tentera darat yang mana dikuasai oleh Oghuz.[13] Uthmaniyyah membuktikan bahawa mereka lebih berkuasa berbanding dengan negeri-negeri Oghuz Turki tempatan lain.[14] Ahmed Bican Yazıcıoğlu, pada awal kurun ke-15, menjejak genealogi Osman sehingga ke Oghuz Khagan, lagenda moyang orang Turkik purba,[15] melalui cucu lelaki paling tua daripada anak lelaki tertua beliau, oleh itu memberi para sultan Uthmaniyyah kedudukan tertinggi dalam kalangan para monarki Turki.[16]